Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Suria College Of Hospitality, Johor

Suria College Of Hospitality, Johor

Berpusat di Bandar Iskandar Johor, Suria College of Hospitality menawarkan program latihan kemahiran bagi industri perhotelan yang terbaik. Pelatih akan diajar berlandaskan teori dan latihan yang bakal memberi impak yang amat positif sekaligus melangkaui jangkaan bakal majikan. Suria College of Hospitality juga menyediakan peluang bagi para pelatih untuk menyerlah dan menjadi pesaing utama di alam pekerjaan nanti dengan program latihan yang akan dikendalikan oleh pengusaha-pengusaha hotel terkemuka di Malaysia.

 

Program yang ditawarkan di Suria College of Hospitality ini telah dianugerahkan 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia – menjadikan Suria College of Hospitality sebagai sebuah pusat latihan yang berkaliber dan berdayasaing. Suria College of Hospitality juga mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang bertaraf antarabangsa selari dengan perkembangan dunia masakini.

 

Suria College of Hospitality, Malaysia atau Suria College telah ditubuhkan pada 26 November 2012 sebagai Pusat Bertauliah yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), di bawah bidang Pembangunan Kemahiran Jabatan, Kementerian Sumber Manusia (DSD-MHR).Suria College juga diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Syarikat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sejak 29 Mei 2013 untuk program Pensijilan Kemahiran Malaysia dan juga diiktiraf sebagai pusat latihan untuk menjalankan program City & Guilds.

 

Suria College terletak dalam premis ēRYA oleh Suria Johor Bahru, Johor – sebuah hotel tiga bintang di Johor Bahru dan sebahagian daripada kumpulan Suria Resorts & Hotels yang kini menguruskan tujuh hartanah termasuk satu di luar negara. Kumpulan Suria telah ditubuhkan dan telah berada di industri perhotelan sejak tahun 2000.
Kerjasama rapat kolej dan hotel menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang unik yang tidak disediakan oleh kolej lain. Dalam suasana sinergi ini “COLLEGE WITHIN HOTEL”, para pelatih akan dapat menjalani latihan kerja yang intensif di dalam suasana perhotelan yang sejati selain aspek teori kursus perhotelan.

 

KENAPA MEMILIH SURIA COLLEGE?

  1. 1. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERKELAS DUNIA
    • • Pelatih akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dari segi teori dan praktikal selari dengan kehendak semasa dan suasana pekerjaan sebenar mengikut standard dan keperluan asas kemahiran yang dikehendaki.
    • • Program-program yang disediakan akan memberi para pelatihnya peluang untuk menimba ilmu dan merasai sendiri pengalaman bekerja sambil belajar bersama dengan hotel-hotel terkemuka di Malaysia.
    • • Program-program inovatif yang terdapat di Suria College of Hospitality ini juga akan membantu menyediakan para pelatihnya untuk menjadi tenaga mahir yang komited dan sentiasa bersedia untuk memulakan karier dalam apa jua keadaan dan kehendak semasa industri perhotelan.
  2. 2. KEMUDAHAN FASILITI BERTARAF DUNIA
    • • Para pelatih pasti akan selesa dengan kemudahan dan fasiliti berkelas dunia yang akan membantu memudahkan proses pembelajaran.
    • • Kemudahan pembelajaran seperti keadaan dan persekitaran kerja yang sebenar akan membuat para pelatih berasa lebih yakin dalam sesi pembelajaran teori mahu pun praktikal.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


 

MATLAMAT SURIA COLLEGE

i. Memenuhi permintaan semasa tenaga mahir dalam industry perhotelan terutamanya di Wilayah Iskandar Johor.
ii. Menyediakan peluang latihan praktikal yang dinamik.
iii. Melahirkan tenaga mahir berdasarkan 12 tahun pengalaman dalam bidang perhotelan dan mampu berkhidmat untuk tujuh buah hotel di bawah jenama Suria.
iv. Meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja di bawah Kumpulan Suria.

 

VISI

Suria College of Hospitality ditubuhkan dengan tujuan menjadi peneraju utama dalam menyediakan tenaga mahir dalam bidang perhotelan di Malaysia. Pada masa yang sama, Suria College of Hospitality ingin menjadi antara kuasa yang menyokong sector pelancongan negara.

 

MISI

Menyediakan kerjasama kukuh bagi menambahbaik kurikulum pembelajaran.
Berusaha bagi menawarkan kemudahan fasiliti untuk persekitaran latihan yang terbaik.
Menawarkan program latihan yang memenuhi permintaan pasaran perhotelan tempatan dan antarabangsa.
Menyediakan proses pembelajaran dan latihan yang berpanjangan.


 

Suria College Of Technology

 

Telah ditubuhkan pada Jun 2017 sebagai Pusat Bertauliah yang menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (JPK-KSM) dalam bidang Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa Tahap 2

Visi utama SCOT adalah Menjadi Penyedia Latihan Premier Bidang Elektrikal dalam industri berkaitan. Berbekalkan sokongan dan kekuatan syarikat bersekutunya iaitu SUPREME DIDACTIC SDN BHD (SD), SCOT akan menjadi salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran utama dalam bidang elektrikal.
SD yang telah beroperasi selama 40 tahun (bermula 1973) ) hanya menumpukan semata-mata dalam bidang perniagaan bekalan dan Turnkey Project. Selain itu juga, SD telah menjadi pembekal utama peralatan Teknikal & Saintifik di Pasaran Pendidikan Malaysia termasuk reka bentuk, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan, latihan dan penyelenggaraan

Pada Disember 2014, SD telah menubuhkan SIEMENS Authorized Training Centre (SATC). Ini adalah kemunculan pertama SD dalam Industri Latihan Kemahiran

SD juga telah berdaftar dengan HRDF di bawah skim SBL KHAS

Kami mengalu-alukan penyertaan anda.

Suria College of Hospitality
Lot 2899 (North Wing),
Jalan Tenteram, Tanjung Puteri,
80300 Johor Bahru, Johor
Tel: +607 221 2827/ _607 221 2826
Fax: +607 221 2928
Email: info@suriacollege.edu.my
Suria College Of Technology
No.30 & 32 Jalan 2/98,
Taman Supreme,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: +603 9133 7715
Fax: +603 9131 0598
Email: marketingkl@suriacollege.edu.my
More info

Di mana kami

Address Lot 2899 80300 Johor Bahru, Johor Malaysia Phone +60 7 221 2826 / +60 11 3770 0350   Fax +60 7 221 2928