Di ēRYAbySURIA, kami menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua pelanggan kami. Peluang unik untuk merasai sendiri keindahan alam dan keunikan penginapan kami ini tidak harus dilepaskan. Kemudahan yang kami tawarkan di ēRYAbySURIA akan menggamit semua pengunjungnya akan memori indah dan seterusnya melakar memori-memori indah yang baharu untuk dikongsi bersama sanak saudara.
ēRYAbySURIA menyediakan aktiviti lasak menyelusuri hutan sambil menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Dari aktiviti yang akan mencabar fizikal dan minda hinggalah ke aktiviti menyeronokkan, ēRYAbySURIA pasti akan membuat anda puas dengan percutian anda.
• Mendaki hutan
• ATV
• Perkhemahan
• Menunggang kuda
• Memanah
Bagi pengunjung yang meminati aktiviti air yang lasak, ēRYAbySURIA menyediakan aktiviti menyelusuri sungai yang pasti akan membuat anda tertarik dengan keunikan persekitaran hijaunya.
• Lawatan hutan paya bakau melalui sungai
• Lawatan melihat kunang-kunang
• Lawatan menyelusuri Tasik Kenyir
• Aktiviti Kayak
• Aktiviti bot lasak
Perairan Laut China Selatan terkenal dengan seribu khazanah alam yang amat menenangkan dan mendamaikan. Pantainya juga menyediakan pelbagai aktiviti dari lasak ke kekeluargaan. Jika anda inginkan percutian di pantai dan laut yang tidak dilupakan, ēRYAbySURIA ada segalanya dari keputihan pasir pantainya sehingga kebiruan air lautnya – sesuai untuk aktiviti menyelam.
• Candat Sotong
• Lawatan ke Pusat Pembiakan Penyu
• Memancing Laut Dalam
• Lawatan ke Pulau Redang
• Pakej ‘Snorkeling’
Jika anda seorang yang inginkan percutian yang lebih merehatkan untuk anda dan anak-anak comel anda, ēRYAbySURIA juga menyediakan aktiviti-aktiviti ringan yang akan memuaskan kehendak anda dan si kecil.
• Kelas Memasak untuk Si Kecil
• Pakej Legoland
• Pakej USS
• Aktiviti Mencorak Batik
• Lawatan ke Pasar Malam