Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Johor Bahru, Johor

Anda telah membuat keputusan yang amat tepat apabila anda memilih ēRYAbySURIA Johor Bahru, Johor sebagai destinasi penginapan anda. Tersergam indah di tengah-tengah Bandar raya Johor Bahru dengan pemandangan sekitar kota raya sehingga ke Singapura, ēRYAbySURIA Johor Bahru membuka seluruh pintu bagi menyambut kedatangan semua pengunjung dari segenap pelusuk dunia. Tidak kira jika anda ingin bercuti di bandaraya ini atau berhenti berehat seketika sebelum ke Negara jiran, carilah kedamaian di ēRYAbySURIA Johor Bahru yang menawarkan penginapan kontemporari dan kolam renang yang berlatar belakangkan Selat Singapura

Johor Bahru, Johor

ēRYAbySURIA Johor Bahru, Johor  tersergam  mewah di tengah-tengah  bandaraya Johor Bahru –ibu  negeri Johor. Dengan  pemandangan  kotaraya yang serba  indah  dan  Selat  Singapura, ēRYAbySURIA Johor Bahru  adalah  penginapan yang menyatukan  dua negara.

 

Perjalanan  dari penginapan  ini  ke  Sempadan Johor-Singapura  dan  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Changi  Singapura  hanya  memakan  masa  beberapa  minit – menjadikan hotel ini  sebagai  penginapan yang paling sesuai  bagi yang mencari  pilihan yang lebih  murah  berbanding hotel-hotel di Singapura. Tidak  hanya  kerana  harga yang dalam  kemampuan, ēRYAbySURIA Johor Bahru  juga  menyediakan  penginapan yang amat  selesa.

 

Dan di kala  anda  berada di Johor Bahru, aktiviti  wajib yang harus  dilakukan  adalah  lawatan  ke  Danga Bay dan Stulang  Laut.  Anda  juga  pasti ingin  berkunjung  ke  Perkampungan  Nelayan  Kukup  bagi  merasai  pengalaman  menjamu  makanan  laut di atas air.

 

Tidak  berakhir di situ, bagi  pengunjung yang bercuti  bersama  keluarga, sudah  pastilah  Legoland  dan Sanrio Hello Kitty menjadi agenda utama.  Tidak  ketinggalan Thomas Town di Taman Tema  Puteri Harbour di Nusajaya.  Dan  jika  ini  semua  masih  tidak  mencukupi, anda  boleh  teruskan  keseronokan  bercuti  dengan  berkunjung  ke Universal Studio di Singapura.

 

Apabila  sudah  kepenatan, ēRYAbySURIA Johor Bahru  akan  menjadi  tempat  rehat paling sesuai  buat  anda  menghilangkan  keletihan  dengan  pemandangan yang mendamaikan.

Kedatangan  anda  pasti  akan kami sambut  dengan  mesra.

More info

Tawaran

Di mana kami

Address Lot 2899, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri 80300 Johor Bahru, Johor Malaysia Phone +60 7 221 2826