Terletak di tingkat bawah, bilik ini memberi anda laluan terus ke laut. Bilik ini juga menyediakan hiasan dalaman kontemporari tanpa mengabaikan ciri-ciri alam semulajadi yang pastinya adalah tarikan utama hotel ini.
Dengan keluasan 27 meter persegi, bilik ini mempunyai pintu cantuman ke bilik lain dan 1 katil saiz queen dan 2 katil bujang yang selesa.
Bilik ini mampu memuatkan sehingga 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Kemudahan
• Sarapan untuk dua orang
• 1 katil ‘Queen’ & 2 katil bujang
• Penghawa dingin dengan kawalan berasingan
• Mandian panas/ sejuk
• Televisyen berwarna 21” dengan saluran satelit terpilih
• Kelengkapan membancuh teh / kopi
• Bilik berhubung (atas permintaan dan tertakluk kepada kekosongan)
• Peti ais kecil
• Telefon IDD
• Pilihan antara bilik dibenarkan merokok dan bilik larangan merokok
• Bilik mandian dan tandas peribadi
• Meja menulis dan kerusi